ANALISIS ISTILAH, EJAAN, TATABAHASA dan IMBUHAN
Kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi
sama ada secara lisan ataupun tulisan. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
kalangan pengguna bahasa adalah meliputi aspek ejaan, tanda baca, tatabahasa
dan imbuhan (Ahmad Khair Mohd Nor et al., 2014).
Contoh :
A.
Pada masa kini, kita harus bijak
berbelanja kerana faktor ekonomi negara kurang stabil.
Penggunaan kata “pada masa kini” dianggap sebagai lewah
dan boleh diganti kan dengan kata “pada
masa ini”
B.
Kajian ini adalah merupakan kajian
rintis di Universiti pendidikan sultan idris.
Kesalahan ejaan pada nama kata khas “Universiti pendidikan sultan idris” yang
seharusnya kata nama khas perlu dimulai dengan huruf besar “Universiti Pendidikan Sultan Idris”
C.
Setiap orang
pelanggan harus memberi komen di kaunter bayaran.
Kesalahan pada kata “orang pelanggan”. “pelanggan” suda
merujuk kepada orang dan berlakunya unsur lewah dalam ayat.
KESALAHAN KATA
BILANGAN
A. Ribuan penonton-penonton menyaksikan detik bersejarah itu.
Kesalahan pada kata “ribuan
penonton-penonton”. Kata “ribuan” telah menunjukkan jumlah yang banyak, maka
kata “penonton-penonton” tidak perlu digandakan.
B. Semua murid-murid harus mematuhi
peraturan sekolah.
Penggunaan kata “semua murid-murid”
yang membawa maksud yang sama iaitu merujuk kepada kuantiti yang banyak dan
berlakunya unsur lewah.
RUJUKAN
Ahmad
Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. (2014).
Tatabahasa asas edisi kedua. Kuala
Lumpur: Perpustakaan Salam Sendirian Berhad.
Comments
Post a Comment