ANALISIS KELEMAHAN DAN KEKUATAN PELBAGAI JENIS AYAT
Kebanyakan pelajar tidak menyedari terdapat kesalahan yang dilakukan sewaktu ayat dibina kecuali bagi mereka yang peka dan cakna dalam penggunaan bahasa yang digunakan. Malah terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak mengendahkan kesalahan yang dilakukan.
Melalui penulisan, boleh dilihat pelbagai kekuatan dan kelemahan dalam binaan ayat yang ditulis oleh seseorang penulis tersebut. Antaranya ialah kelemahan dalam struktur ayat yang digunakan oleh para pelajar. Penulis tidak kira pelajar mahu pun orang dewasa perlu menyemak struktur binaan ayat terutamanya dari segi susunan perkataan yang digunakan. Ini bermakna penggunaan perkataan dan makna ayat perlulah bersesuaian dan menepati kehendak Bahasa Melayu.
Masalah kesalahan struktur ayat ini kerap kali terjadi pada para pelajar yang kurang membaca terutamanya kurang membaca buku-buku Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kosa kata yang banyak dan tidak cekap menggunakan perkataan yang sesuai dengan struktur ayat binaan. Seterusnya, kebanyakan pelajar juga tidak menyemak semula ejaan dalam karangan mereka. Hal ini menyebabkan berlakunya kesalahan tatabahasa. Para pelajar sering terlepas pandang penggunaan tanda baca serta penggunaan huruf besar dan kecil dalam ayat yang mereka bina.
Setiap struktur ayat mempunyai kekuatanya dan kelemahanya tersendiri. Penggunaan struktur ayat yang betul menjadikan sesuatu karangan atau penulisan menjadi lebih kemas dan menarik. Bukan itu sahaja penulisan yang sedemikan dapat menarik pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
RUJUKAN
Abdul Rahman Kamil Abu Naim. (2013). Jenis Ayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gorys Keraf. (1996). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta : Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta.
Comments
Post a Comment