PEMERENGGANAN BERKESAN

KOMPOSISI KARANGAN

KONSEP PERENGGAN

       Menurut Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md. Idris, (2012), pemerengganan merupakan suatu entiti yang paling penting dalam tubuh sesebuah karangan. Perenggan juga boleh dianggap sebgai inti karangan yang mengandungi satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubung kait. Dengan adanya perenggan, penulis mahupun pembaca dapat melihat hubungkait antara idea-idea dalam karangan dengan lebih jelas. 

     Dengan kata lain, perenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan sesuatu idea yang mampu memberi kesan kepada pembaca. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang baik ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. Selain itu, sebuah perenggan yang berkesan ialah perengan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Terdapat 3 komponen pemerengganan yang berkesan iaitu:
  1. Pengenalan
  2. Isi
  3. Penutup
PERENGGAN PENGENALAN

Fungsi :
  • Bertujuan untuk memberi pengenalan kepada tajuk sesuatu karangan.
  • Menjelaskan tajuk dari segi makna, tujuan.
  • Memberi gambaran tentang konsep penulisan.
  • Menegaskan pendirian atau pendapat penulis tentang sesuatu isu yang terkandung dalam tajuk.
  • Dapat merangsang minat dan emosi pembaca.
Jenis/Binaan:
  • Ayat Penyataan.
  • Ayat Huraian.
  • Ayat Ransangan.
  • Ayat Pandu/Arah
PERENGGAN ISI

Fungsi: 
  • Menyampaikan idea
  • Penyampaian idea hendaklah jelas agar cepat dan mudah difahami oleh pembaca.
Terdapat dua jenis perenggan isi iaitu:
  1. DEDUKTIF - Perenggan dimulakan dengan menyatakan idea utama atau isi penting terlebih dahulu. Kemudian isi tersebut dikembangkan dengan menyatakan huraian isi. Seterusnya memasukkan contoh-contoh yang berkaitan bagi menyokong huraian isi yang diberi.
  2. INDUKTIF - Perenggan dimulakan dengan menyatakan huraian isi terlebih dahulu. Kemudian, menyatakan contoh-contoh yang menyokong huraian isi sebelum itu. Akhir sekali, perenggan akan ditutup dengan menyatakan isi penting atau idea utama.
Binaan isi:
  • Penyampaian perlu jelas
  • Mengandungi satu idea utama sahaja.
Komponen binaan isi :
  • Ayat Topik
  • Ayat Huraian
  • Ayat Contoh
  • Ayat Sokongan
  • Ayat Rumusan
PERENGGAN PENUTUP

Fungsi:
  • Untuk mengakhiri penyampaian idea.
  • Penulis telah selesai menyampaikan ideanya.
Binaan Perenggan Penutup :
  • Untuk meninggalkan kesan tertentu kepada pembaca.
  • Strategi yang mengandungi ayat yang berfungsi sebagai ringkasan, rumusan, keputusan, penegasan, imbasan dan bandingan.

RUJUKAN

Abu Hassan Abdul, PhD Abd. Rashid Md. Idris, PhD (2012), BMK 3043: Seni Mengarang, Tanjung
            Malim, Perak. Pusat Pendidikan Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awang Sariyan, (2013), Tertib Mengarang, Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik. Kuala Lumpur.
           Dewan Bahasa dan Pustaka.


Comments

Popular posts from this blog

ANALISIS KELEMAHAN DAN KEKUATAN PELBAGAI JENIS AYAT

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS AYAT