PERANAN DIKSI DAN ANALISIS AYAT
Secara umumnya diksi merujuk kepada pemilihan
kata dan penggunaan kata secara tepat dengan idea atau gagasan untuk mewakili
fikiran dan perasaan yang ingin disampaikan kepada orang lain dan dinyatakan
secara lisan atau bertulis. Diksi merupakan pilihan kata dan penggunaan kata
secara tepat untuk mewakili fikiran dan perasaan yang ingin dinyatakan dalam
pola suatu kalimat (Keraf dan Enre, 1988).
Dalam
penulisan ilmiah diksi meruapakan cara penulis untuk berkomunikasi dengan
pembaca. Untuk membolehkan komunikasi itu berlaku dengan lebih berkesan,
penulis perlu lebih berhati-hati dalam memilih kata supaya pembaca mampu
memahami apa yang penulis ingin sampaikan dengan baik. Diksi juga berperanan
dalam membentuk gaya ekslresi gagasan yang tepat. Selain itu penggunaan diksi yang
tepat juga berfungsi untuk mencegah daripada berlakunya salah faham antara
penulis dengan pembaca.
Dalam
bahasa Melayu, ayat merujuk kepada unit ucapan yang paling tinggi dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap serta diucapkan dengan intonasi
yang sempurna. Jenis ayat terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan (Abdul Rahman Kamil Abu Naim, 2013).
Menurut
Abdul Rahman Kamil Abu Naim (2013), ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan
dengan maksud membuat satu penyataan dan memberikan keterangan tentang sesuatu
hal. Ayat penyata terdiri daripada empat pola iaitu :
POLA
|
CONTOH AYAT
|
FN + FN
|
Lelaki itu pengurus bank.
|
FN + FK
|
Abang membeli pakaian sukan.
|
FN + FA
|
Bunga itu
sungguh wangi.
|
FN + FS
|
Wang ini daripada ayah.
|
Abdul
Rahman Kamil Abu Naim (2013) berkata, ayat tanya ialah ayat yang digunakan
untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis iaitu ayat
tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
JENIS AYAT
|
DEFINISI
|
CONTOH
|
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
|
Diucapkan
dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
Ditulis
dengan tanda soal (?).
|
Bungkusan
ini untuk Haiqal?
|
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
|
Mengandungi
kata tanya seperti apa, siapa,
mengapa, bagaimana dan bila.
|
Harga
baju itu berapa?
|
Seterusnya
ialah ayat perintah. Abdul Rahman Kamil Abu Naim (2013), mendefiniskan ayat
perintah sebagai ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan dan
diajukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang seperti
awak, kamu dan sebagainya dan biasa digugurkan.
Ayat perintah terbahagi kepada empat
jenis iaitu:
JENIS AYAT
|
DEFINISI
|
CONTOH
|
Ayat Suruhan
|
Digunakan
untuk memberi perintah atau suruhan.
|
Buka buku
di halaman 24.
|
Ayat
Larangan
|
Menggunakan
kata larangan seperti jangan, usah dan tak usah sebelum kata kerja.
|
Kamu jangan usik
barang di atas meja itu.
|
Ayat
Silaan
|
Menggunakan
kata silaan seperti sila atau
jemput sebelum
kata kerja
|
Sila kembalikan
buku yang awak pinjam itu.
|
Ayat
Perintah
|
Menggunakan
kata permintaan seperti minta atau tolong dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan.
|
Minta anda
semua masuk ke dewan.
|
Abdul Rahman Kamil Abu Naim (2013)
mendefinisikan ayat seruan sebagai ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk melahirkan keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan
melalui tanda seru (!) pada akhir ayat. Ayat seruan terbahagi kepada dua iaitu
:
JENIS AYAT
|
CONTOH
|
Ayat seru tanpa kata seru
|
Hati-hati!
|
Ayat seru dengan kata seru
|
Amboi, sombongnya!
|
Rujukan
Abdul Rahman Kamil Abu
Naim. (2013). Jenis Ayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gorys Keraf. (1996).
Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta : Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta.
Bab I. Diksi dan Penggunaan Bahasa Efektif salam Karya Ilmiah. Diperoleh daripada http://scholar.googleusercontent.com/scholar?q=cache:_ckZCkbqwFIJ:scholar.google.com/+peranan+diksi&hl=en&as_sdt=0,5
Comments
Post a Comment