Kebanyakan pelajar tidak menyedari terdapat kesalahan yang dilakukan sewaktu ayat dibina kecuali bagi mereka yang peka dan cakna dalam penggunaan bahasa yang digunakan. Malah terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak mengendahkan kesalahan yang dilakukan. Melalui penulisan, boleh dilihat pelbagai kekuatan dan kelemahan dalam binaan ayat yang ditulis oleh seseorang penulis tersebut. Antaranya ialah kelemahan dalam struktur ayat yang digunakan oleh para pelajar. Penulis tidak kira pelajar mahu pun orang dewasa perlu menyemak struktur binaan ayat terutamanya dari segi susunan perkataan yang digunakan. Ini bermakna penggunaan perkataan dan makna ayat perlulah bersesuaian dan menepati kehendak Bahasa Melayu. Masalah kesalahan struktur ayat ini kerap kali terjadi pada para pelajar yang kurang membaca terutamanya kurang membaca buku-buku Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan mereka tida...
KOMPOSISI KARANGAN KONSEP PERENGGAN Menurut Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md. Idris, (2012), pemerengganan merupakan suatu entiti yang paling penting dalam tubuh sesebuah karangan. Perenggan juga boleh dianggap sebgai inti karangan yang mengandungi satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubung kait. Dengan adanya perenggan, penulis mahupun pembaca dapat melihat hubungkait antara idea-idea dalam karangan dengan lebih jelas. Dengan kata lain, perenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan sesuatu idea yang mampu memberi kesan kepada pembaca. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang baik ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami...
Secara umumnya diksi merujuk kepada pemilihan kata dan penggunaan kata secara tepat dengan idea atau gagasan untuk mewakili fikiran dan perasaan yang ingin disampaikan kepada orang lain dan dinyatakan secara lisan atau bertulis. Diksi merupakan pilihan kata dan penggunaan kata secara tepat untuk mewakili fikiran dan perasaan yang ingin dinyatakan dalam pola suatu kalimat (Keraf dan Enre, 1988). Dalam penulisan ilmiah diksi meruapakan cara penulis untuk berkomunikasi dengan pembaca. Untuk membolehkan komunikasi itu berlaku dengan lebih berkesan, penulis perlu lebih berhati-hati dalam memilih kata supaya pembaca mampu memahami apa yang penulis ingin sampaikan dengan baik. Diksi juga berperanan dalam membentuk gaya ekslresi gagasan yang tepat. Selain itu penggunaan diksi yang tepat juga berfungsi untuk mencegah daripada berlakunya salah faham antara penulis dengan pembaca. ...
Comments
Post a Comment