ANALISIS ISTILAH, EJAAN, TATABAHASA dan IMBUHAN
Kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kalangan pengguna bahasa adalah meliputi aspek ejaan, tanda baca, tatabahasa dan imbuhan (Ahmad Khair Mohd Nor et al., 2014). Contoh : A. Pada masa kini , kita harus bijak berbelanja kerana faktor ekonomi negara kurang stabil. Penggunaan kata “ pada masa kini ” dianggap sebagai lewah dan boleh diganti kan dengan kata “ pada masa ini ” B. Kajian ini adalah merupakan kajian rintis di Universiti pendidikan sultan idris . Kesalahan ejaan pada nama kata khas “ Universiti pendidikan sultan idris ” yang seharusnya kata nama khas perlu dimulai dengan huruf besar “ Universiti Pendidikan Sultan Idris ” C. Setiap orang pelanggan harus memberi komen di kaunter bayaran. Kesala...