Posts

ANALISIS ISTILAH, EJAAN, TATABAHASA dan IMBUHAN

Kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kalangan pengguna bahasa adalah meliputi aspek ejaan, tanda baca, tatabahasa dan imbuhan (Ahmad Khair Mohd Nor et al., 2014). Contoh : A.     Pada masa kini , kita harus bijak berbelanja kerana faktor ekonomi negara kurang stabil. Penggunaan kata “ pada masa kini ” dianggap sebagai lewah dan boleh diganti kan dengan kata “ pada masa ini ” B.               Kajian ini adalah merupakan kajian rintis di Universiti pendidikan sultan idris . Kesalahan ejaan pada nama kata khas “ Universiti pendidikan sultan idris ” yang seharusnya kata nama khas perlu dimulai dengan huruf besar “ Universiti Pendidikan Sultan Idris ” C.               Setiap orang pelanggan harus memberi komen di kaunter bayaran. Kesala...

ANALISIS KELEMAHAN DAN KEKUATAN PELBAGAI JENIS AYAT

         Kebanyakan pelajar tidak menyedari terdapat kesalahan yang dilakukan sewaktu ayat dibina kecuali bagi mereka yang peka dan cakna dalam penggunaan bahasa yang digunakan. Malah terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak mengendahkan kesalahan yang dilakukan.         Melalui penulisan, boleh dilihat pelbagai kekuatan dan kelemahan dalam binaan ayat yang ditulis oleh seseorang penulis tersebut. Antaranya ialah kelemahan dalam struktur ayat yang digunakan oleh para pelajar. Penulis tidak kira pelajar mahu pun orang dewasa perlu menyemak struktur binaan ayat terutamanya dari segi susunan perkataan yang digunakan. Ini bermakna penggunaan perkataan dan makna ayat perlulah bersesuaian dan menepati kehendak Bahasa Melayu.           Masalah kesalahan struktur ayat ini kerap kali terjadi pada para pelajar yang kurang membaca terutamanya kurang membaca buku-buku Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan mereka tida...

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS AYAT

          Secara umumnya diksi merujuk kepada pemilihan kata dan penggunaan kata secara tepat dengan idea atau gagasan untuk mewakili fikiran dan perasaan yang ingin disampaikan kepada orang lain dan dinyatakan secara lisan atau bertulis. Diksi merupakan pilihan kata dan penggunaan kata secara tepat untuk mewakili fikiran dan perasaan yang ingin dinyatakan dalam pola suatu kalimat (Keraf dan Enre, 1988).             Dalam penulisan ilmiah diksi meruapakan cara penulis untuk berkomunikasi dengan pembaca. Untuk membolehkan komunikasi itu berlaku dengan lebih berkesan, penulis perlu lebih berhati-hati dalam memilih kata supaya pembaca mampu memahami apa yang penulis ingin sampaikan dengan baik. Diksi juga berperanan dalam membentuk gaya ekslresi gagasan yang tepat. Selain itu penggunaan diksi yang tepat juga berfungsi untuk mencegah daripada berlakunya salah faham antara penulis dengan pembaca.  ...