PEMERENGGANAN BERKESAN
KOMPOSISI KARANGAN KONSEP PERENGGAN Menurut Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md. Idris, (2012), pemerengganan merupakan suatu entiti yang paling penting dalam tubuh sesebuah karangan. Perenggan juga boleh dianggap sebgai inti karangan yang mengandungi satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubung kait. Dengan adanya perenggan, penulis mahupun pembaca dapat melihat hubungkait antara idea-idea dalam karangan dengan lebih jelas. Dengan kata lain, perenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan sesuatu idea yang mampu memberi kesan kepada pembaca. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang baik ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami...